Maafkan diriku wahai teman,
Jika tersilap kata, tersalah langkah.
Aku sedar bibirku tiada insuransi,
sedang aku mencuba untuk memperbaiki diriku.
Aku sedar
selagi aku tidak mengubah tuturku,
tidak mengajarnya santun kemelayuan,
tiada yang akan merapatiku.
Tapi percayalah,
bukan aku sombong,
bukan aku memilih kawan,
aku cuma takut.
Rakan, mungkin aku memaparkan diriku sebagai seorang yang agak kasar,
seorang yang tegas itu semuanya lakonan untuk mata kalian.
Aku sebenarnya takut.
Pengecut.
Satunya tempat yang membuat aku rasa diterima seadanya adalah di jaringan ini,
bukan direaliti.
Aku dapat membina dan membuat diriku sebagai mana yang aku mahu,
aku dapat bercakap tanpa perlu gagap.
Buat yang telah tersinggung, Maaf.
Buat yang telah merasai dirinya diganggu juga, Maaf.
No comments