Kesumat dihati,
Takkan tenteram,
Meredap,
Memakan diri.
Jangan dibiar,
Geledak api terbakar,
Jangan disimbah,
Pemangkin berbisa,
Kelak semua terbinasa,
Ssegalanya akan musnah,
Diolah amarah hati,
Perjuangan merdeka dipersia,
Nasib anak bangsa entah kemana,
Kerana seorang,
Semua bangsa terbinasa.
Apa yang kau dapat,
Selain darah yang tak bersalah,
Selain nyawa yang tak berdosa,
Itukah yang kau mahu,
Kepupusan anak bangsakah yang kau hendak?
Fikirlah dulu sebelum bertindak,
Ingatlah dulu sebelum berkata,
Jangan terbiasa dengan binasa,
Kelak hilang bangsa,
Sia – sia merdeka.
No comments