Dalam mindaku, aku percaya kamu,
Dalam hatiku, aku sayang kamu,
Kamu tahu segala cita,
Kamu pegang semua rahsia.
Kamu pun tahu aku ada rasa,
Tiga tahun memendam rasa,
Tiga tahun menahan siksa,
Tiga tahun aku berahsia,
Semuanya hanya sia – sia.
Aku tahu, aku bukan siapa,
Aku tahu, aku tiada nama,
Aku tahu, aku tidak sempurna,
Tapi dia hanya teruna.
Esakkan aku kini memori,
Luahan ini tak mungkin kau mengerti,
Mungkin kerana aku suka bermisteri,
Mungkin juga aku suka sendiri.
Hari itu memang dinanti,
Hari itu yang aku idami,
Hari itu, aku tak pergi,
Hari itu aku mula membenci,
Luka in sudah tak dapat diubati.
Tapi benci itu masih aku sayang,
Orang itu masih aku kenang,
Walau hati dicarik, di robek,
Mungkin ini adalah takdirku.
No comments